Thursday 26 May 2011

Aku adalah Aku...


Aku adalah aku yang masih banyak "aku" di dalam hidupku.Aku adalah aku yang meniti hidup di atas takdirku. Aku adalah aku yang terkapai-kapai di dalam pencarian muhabbat-Mu. Aku adalah aku yang dahagakan keampunan dari "lautan Rahmat-Mu". Aku adalah aku yang menagih sejuta harapan dari keredhaan-Mu.Namun...aku masih lagi aku seperti aku yang dulu-dulu. Faqir dalam blog ini adalah nama samaranku dan kamu semua, kerana kita semua adalah Faqir sepertimana Firman-Nya : "Ya Ayyuha-Annas Antumul Fuqaraa". Segala tulisan Faqir di dalam blog ini hanyalah pendapat Faqir sendiri, tidak mewakili mana-mana parti atau pertubuhan. Jadi, jika tak puas hati, kutuklah diri Faqir yang hina ini, janganlah dikutuk insan lain yang tidak bersalah. Segala teguran berfaedah Insyallah akan dijadikan Iktibar. "Fa'tabiru Ya Ulil Absor".

No comments:

Post a Comment